Muhyiddin tidak lagi dihormati

Pemimpin nombor satu Bersatu Perlis hari ini secara terbuka mengecam menteri besar ekoran namanya sekali lagi tercicir daripada pelantikan sebagai exco.

Malah Abu Bakar Hamzah juga menganggap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli tidak menghormati pemimpin sendiri kerana tidak mengendahkan surat sokongan diberi Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Dipetik media selepas majlis mengangkat sumpah exco di Arau hari ini, Abu Bakar berkata selain diketepikan oleh Mohd Shukri, dia berpendapat ada pemimpin tertentu dalam Bersatu di Perlis mengkhianatinya.

“Saya cukup kesal kerana menteri besar membelakangkan keputusan presiden parti yang juga pengerusi PN (Muhyiddin) yang sudah memberi sokongan saya sebagai exco.

“Malah, saya juga kesal dengan segelintir pemimpin Bersatu sendiri yang ‘menikam’ saya daripada belakang dalam soal pelantikan exco,” katanya yang dipetik BH Online.

Untuk rekod PAS dan Bersatu merupakan antara parti komponen yang membentuk PN. Selain Muhyiddin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Hari ini dua Adun baru dilantik menganggotai kerajaan negeri yang dipimpin Mohd Shukri, manakala seorang penyandang digugurkan.

Asrul Aimran Abd Jalil yang juga Adun Kayang dilantik mengetuai portfolio perumahan, kerajaan tempatan, pembangunan sumber manusia dan pembasmian kemiskinan.

Dia menggantikan Adun Bintong Fakhrul Anwar Ismail yang digugurkan.

Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) pula dilantik memegang portfolio pembangunan belia dan kemajuan sukan, pembangunan industri kecil dan sederhana dan wilayah ekonomi baru, dan pemerkasaan usahawan dan ekonomi kreatif.

Asrul Aimran dan Wan Zikri Afthar mengangkat sumpah sebagai exco di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Sementara itu, lima exco sedia ada dan dikekalkan turut mengangkat sumpah.

Abu Bakar yang juga timbalan pengerusi PN Perlis berkata Muhyiddin memang mahu dia dilantik menyertai exco negeri tersebut.

Katanya Mohd Shukri – yang juga pesuruhjaya PAS Perlis – tidak pernah berbincang soal pelantikan exco bersama PN negeri.

“Saya rasa ini tidak harus berlaku kerana melanggar arahan presiden Bersatu (Muhyiddin) supaya perkara ini (pelantikan exco) dapat dibincangkan,” katanya yang dipetik Utusan Online.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker