Agus sah letak jawatan

Agus sah letak jawatan

Mohammad Agus Yusoff mengesahkan beliau menghantar surat perletakan jawatan sebagai ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2 Feb lalu.



“Saya ada tawaran baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.

“Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh perdana menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” katanya.

Perdana menteri kini mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Francisco, Amerika Syarikat dari 14 hingga 17 Nov ini. FMT

Agus sah letak jawatan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker