IPCC, suruhanjaya bebas untuk ‘pantau’ polis berfungsi tahun hadapan

Dewan Rakyat hari ini diberitahu Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan berfungsi sepenuhnya pada awal tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah berkata, prosedur operasi standard (SOP) dan proses berkaitan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 akan ditentukan selepas pelantikan jawatankuasa dimuktamadkan.

“Yang penting kita mengambil kira semua aduan, melakukan penelitian terhadapnya sebaik-baik serta memastikan keadilan diberi,” katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) di Dewan Rakyat.

Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

Pada 12 Okt lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementerian masih dalam proses memilih ahli IPCC yang turut membabitkan perjawatan mahupun tatacaranya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker