GAZA: Tabur fitnah sebelum tabur bom
Tabur fitnah sebelum tabur bom
“Mereka ( tentera Israel ) terus berbohong untuk ‘menghalalkan’ pembunuhan besar-besaran dan serangan ke atas hospital di Gaza. Terbaharu mereka bersandiwara mendakwa hospital Rantisi dan Hospital Al-Shifa menjadi markas tentera Hamas serta Briged Al-Qassam,” ujar Pengerusi Muslim Care Malaysia Cawangan Palestin Abu Ayesh Al Najjar.
Menurutnya, melalui maklumat palsu disebarkan termasuk di media sosial semalam, jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Jeneral Daniel Hagari mendakwa kononnya menemui jaket pengebom berani mati, bom tangan, roket dan pelbagai senjata di Hospital Rantisi yang diserbu.
“Malah pihak IDF mendakwa hospital itu digunakan pejuang Hamas untuk menahan tebusan Israel tanpa bukti kukuh.
“IDF mendakwa terdapat bukti risikan kononnya pejuang Hamas bersembunyi di hospital itu selepas melakukan serangan terhadap Israel 7 Oktober lalu. Malah mereka mendakwa IDF menjumpai terowong termasuk sistem penyambungan bekalan elektrik dari hospital itu untuk digunakan pejuang Hamas beroperasi di bawah tanah. Namun semua dakwaan itu sengaja direka bagi membolehkan mereka membunuh warga Palestin yang berada di hospital itu,” katanya.
Abu Ayesh berkata, melalui kenyataan dikeluarkan pejabat media kerajaan di Gaza semalam,
(IDF) melakukan propaganda pembohongan dan menyebarkan maklumat palsu kepada dunia supaya mereka boleh memusnahkan hospital di Gaza dan membunuh pesakit di dalamnya.
“Mereka cuba mewajarkan pembunuhan terhadap pesakit yang berada di dalam hospital manakala penembak hendap IDF menyasarkan kakitangan perubatan dan ambulans.
“Semua penipuan ini sudah dirancang awal pihak Israel bagi membolehkan jenayah perang ini diteruskan. Mereka kini masih mengepung hospital Al-Shifa dan Hospital al-Quds tanpa ada perikemanusiaan,” katanya.
KEROSAKAN kediaman penghuni di Jabaliya, utara Gaza yang dibom tentera Israel, semalam.
Menurutnya, sehingga kini, sekitar 600 pesakit dan 500 kakitangan perubatan masih terkepung di dalam Hospital Al-Shifa di tengah Gaza.
“Selain itu, seramai 1,500 pelarian dan penduduk Gaza yang mencari perlindungan di hospital sama turut terperangkap dan tiada laluan keluar yang selamat dari hospital berkenaan.
“Nasib sama turut dialami pesakit dan kakitangan perubatan di Hospital al-Quds. Kedua-dua hospital ini tidak lagi dapat berfungsi berikutan terputus bekalan elektrik dan kehabisan bahan bakar (petrol),” katanya.
Menurutnya, tiada bantuan luar dapat disalurkan berikutan penembak tepat Israel akan menembak sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa.
Tambahnya, tindakan pihak Israel memutuskan komunikasi dan internet secara kekal di Gaza adalah langkah berbahaya bertujuan menyembunyikan jenayah perang dilakukan tentera Israel.
“Setakat ini pihak Kementerian Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin memaklumkan perkhidmatan telekomunikasi dan internet akan terputus sepenuhnya di Semenanjung Gaza Khamis ini (16 November) akibat kehabisan bahan bakar,
“Ini bermakna lebih daripada 2.3 juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak akan dapat berkomunikasi dengan pasukan penyelamat ketika kecemasan dan mendapatkan bantuan pertolongan cemas,” katanya.
Beliau berkata, serangan bom dan roket oleh pesawat tentera Israel masih berterusan sehingga pagi semalam apabila kediaman di Jabaliya, utara Gaza, dan kediaman di Khan Younis, selatan Gaza menjadi sasaran.
“Sehingga kelmarin lebih 11,200 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu,” katanya. HM
Tabur fitnah sebelum tabur bom
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.