China dan Amerika sama penting untuk Malaysia – Anwar

China dan Amerika sama penting untuk Malaysia – Anwar

Malaysia bukan negara yang condong ke arah China, namun secara geografinya memang negara itu dekat dengan Malaysia, dan menjadi rakan serta sekutu boleh dipercayai, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Amerika Syarikat juga sama pentingnya, dan ia merupakan sekutu tradisional serta pelabur utama yang membantu memacu ekonomi Malaysia.



“Secara keseluruhannya Amerika Syarikat menjadi negara nombor satu dari segi jumlah pelaburan kami, tetapi China semakin hari semakin menjadi salah satu pelabur utama,” katanya pada sesi soal jawab di University of California, Berkeley.

Anwar berkata, China adalah jiran Malaysia yang penting dan matang dari segi kerancakan ekonominya.

“…dan kita akan mendapat manfaat besar sekiranya terus melibatkan diri dengannya.

“Jadi pandangan saya begini, semasa kita perlu dengar negara-negara kuasa besar ini, mereka juga perlu terlibat dan dengar pandangan serta pendirian kita. Kita adalah sebuah ekonomi yang sedang dan pesat membangun, (dan) perlu melibatkan diri serta membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk negara,” katanya.



Mengenai peranan Malaysia, atau Asean secara keseluruhannya di Laut China Selatan, Anwar yang berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-30 berkata: “Asean ada membincangkan pendiriannya. Secara idealnya Asean perlu mengambil kedudukan serantau pelbagai hala dalam penglibatan dengan China.”

“…dalam peta yang gambarkan oleh China baru-baru ini, ada pertindihan di kawasan yang menjadi tuntutan, namun dalam persoalan dengan China ini, Malaysia sebenarnya berjaya dari segi rundingan dengan pihak China,” katanya.

Anwar percaya bagi Malaysia, isu itu adalah lebih sukar dalam pertindihan tuntutan yang membabitkan negara Filipina dan Vietnam.

“Malaysia juga berunding dengan mereka, tetapi kedudukan kami adalah untuk memastikan kita perlu menjadikan ia kekal sebagai masalah serantau. Jangan benarkan ia melibatkan negara lain, kerana itu akan memburukkan lagi krisis.



“Penyelesaiannya sudah tentu adalah menerusi penglibatan diplomatik yang agresif, dan yang sedang kita diteruskan, walaupun dalam Asean sendiri, seperti yang saya katakan, dengan Filipina dan Vietnam, bersama dengan Asean dan juga China,” katanya.

Ditanya mengenai apa kemungkinan bakal muncul hasil pertemuan dua hala dengan Presiden Joe Biden dan Xi Jinping dari China di luar mesyuarat (Apec), beliau berkata ia tidak boleh diketepikan sebagai wacana biasa.

“Mesyuarat itu diperhatikan, bukan sahaja oleh ekonomi anggota Apec tetapi juga dunia.

“Pertemuan itu (boleh menghasilkan beberapa) resolusi, tidak semestinya mengenai masalah perbalahan Gaza, Palestin atau Ukraine, Rusia.



“Sekurang-kurangnya pelaburan perdagangan dan pemahaman tentang isu berkaitan ini akan membantu menanamkan lebih keyakinan kepada ekonomi yang diperlukan, bukan sahaja oleh Amerika Syarikat dan China tetapi juga kebanyakan negara,” katanya.

Beliau berkata, hubungan yang lebih baik antara China dan Amerika Syarikat bermakna manfaat besar kepada negara Asean, termasuk Malaysia. FMT

China dan Amerika sama penting untuk Malaysia – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker