Pendirian RUU GEG tidak berperlembagaan mengarut – KJ

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju dengan pendirian bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan tidak boleh dikuatkuasakan (unenforceable).

Katanya, semasa RUU itu dibentangkan di Parlimen kali pertama dahulu, pihaknya telah diminta membuat beberapa pindaan dan dengan itu satu jawatankuasa pilihan khas Parlimen ditubuhkan dengan beliau menjadi pengerusinya.

Jelasnya, jawatankuasa itu telah menemui beberapa pihak termasuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan hak kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.



“Sepanjang jawatankuasa itu melakukan kerja, tidak pernah Jabatan Peguam Negara (AGC) kata RUU ini tidak berperlembagaan.

“Tiba-tiba hari ini RUU itu jadi tidak berperlembagaan. Saya tidak faham kenapa AGC boleh mengambil pendirian yang berbeza daripada selama ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas komen Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi hantaran di media sosial bahawa undang-undang yang tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak berperlembagaan akan membawa kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan.

Khairy memberitahu, alasan yang diberi oleh Hannah adalah lemah dan beliau tidak boleh menerimanya.



Menurutnya, RUU itu telah beberapa kali dibawa ke Kabinet dan Parlimen semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan sebelum disambung oleh Dr. Zaliha Mustafa dan isu ia tidak berperlembagaan tidak pernah berbangkit.

“Saya kata keputusan ini bukan berasas kepada undang-undang tetapi politik sebab saya tahu menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang tidak merujuk kepada AGC.

“Saya hanya boleh buat andaian bahawa ada tekanan daripada menteri undang-undang untuk minta AGC supaya isytihar benda ini tidak berperlembagaan. Maka selesailah dan Kementerian Kesihatan tidak boleh kata apa,” ujarnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker