Pembuli anak di MCKK hanya dikenakan rotan, kerja amal

Ibu bapa mangsa buli ketika ditemui pemberita selepas dirakam keterangan serta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields,

Denda yang terlalu ringan dikenakan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) terhadap pembuli seorang remaja berusia 16 tahun baru-baru ini disifatkan tidak setimpal, dedah ibu mangsa.

Ibu mangsa buli sebuah sekolah berasrama penuh di Perak itu berkata, pihaknya menuntut agar denda rotan serta kerja amal dikenakan terhadap pembuli itu dikaji semula agar setimpal dengan kecederaan terhadap anaknya.

“Anak saya sudah dihantar semula ke sekolah berkenaan, yang merisaukan saya adalah bagaimana jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepadanya sedangkan pembuli tersebut masih menuntut di situ.

“Apabila ditanya mengapa hanya tindakan itu diambil mereka (pihak sekolah) menjawab itu untuk keharmonian, namun apa yang kami perlukan adalah keselamatan pelajar,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields, di sini, hari ini.

Menurut ibu mangsa itu, pihaknya juga telah membuat laporan polis susulan kenyataan dikeluarkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mendedahkan namanya sekeluarga di media sosial.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dipercayai punca kakak mangsa buli itu memerima ugutan serta ancaman daripada orang tidak dikenali.

“Hari ini kami datang untuk beri keterangan ekoran laporan bapa salah seorang pelajar berhubung hantaran tular di media sosial anak saya yang mendedahkan adiknya dibuli.

“Kami juga membuat laporan polis berhubung pendedahan nama ahli keluarga saya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK.

“Disebabkan hantaran itu, anak saya menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali, apabila diangkat mereka mengatakan ‘sial’ kemudian tutup serta merta, ugut dipukul juga ada diterima,” katanya.

Mengulas lanjut, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut meluahkan kekecewaan apabila tiada sebarang tindakan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung isu ini.

“Kami kesal sehingga kini KPM masih belum berhubung dengan kami sedangkan mereka maklum mahu bertemu namun sehingga kini masih tiada perkembangan dari pihak sana.

“Kami mahu mereka (pembuli) dikeluarkan dari sekolah tersebut sebagai pengajaran dan anak saya dapatkan suasana selamat apabila kembali ke sekolah. Saya juga tidak tahu mengapa isu ini dipanjangkan?,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa dalam pengurusan sekolah berhubung kes buli melibatkan pelajar sekolah itu.

Dalam satu kenyataan PIBG MCKK, tindakan menularkan kes tersebut memberi impak besar dan membawa imej buruk kepada MCKK secara keseluruhannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker