Kesan krisis kemanusiaan di Palestin bukan hanya babit Asia Barat – Anwar

Kesan krisis kemanusiaan di Palestin bukan hanya babit Asia Barat – Anwar

SAN FRANCISCO: Krisis kemanusiaan di Palestin akan memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Palestin atau rantau Asia Barat secara meluas, tetapi juga kepada hubungan global untuk satu tempoh yang panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa yang berlaku di Palestin hari ini akan memberi kesan kepada kita. Implikasi kepada pertelingkahan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk tempoh yang panjang.

“Ini adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan,” katanya pada syarahan khas bertajuk: “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California di sini, hari ini. Kira-kira 250 pelajar menghadiri majlis itu.

Malaysia secara konsisten menggesa diadakan gencatan senjata, dan hentikan pengeboman Gaza yang berterusan ketika ini.

“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen Malaysia, tidak ada kata dua dalam perkara ini. Kita mengutuk keganasan, dalam semua bentuk, dan kita mengutuk secara mutlak tindakan membunuh, mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah, dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan.

“Kita dengan tegas mengutuk pengeboman orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang terhadap mereka yang tidak bersalah, kanak-kanak, wanita dan lelaki, dilakukan siang dan malam di Gaza.

Beliau berkata Malaysia melihat ini sebagai krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan tanpa mengira siapa sahaja yang jadi mangsanya.

“Pokoknya ini bukan soal ketuhanan. Lagipun lebih 11,000 mangsa di Gaza terdiri daripada orang Islam dan Kristian serta warganegara pelbagai negara.

“Ini adalah mengenai usaha mencegah lebih banyak kematian, penderitaan dan kebencian.

“Penyokong perjuangan Palestin bukanlah penyalur ucapan kebencian mahupun penyokong keganasan,” tegasnya. BH

Kesan krisis kemanusiaan di Palestin bukan hanya babit Asia Barat – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker