The Marvels catat kutipan terendah dalam sejarah MCU

The Marvels catat kutipan terendah dalam sejarah MCU

FILEM terbaharu dalam Marvel Cinematic Universe, The Marvels, memperoleh anggaran AS$47 juta dalam pasaran hujung minggu sulungnya di Amerika Syarikat, rekod kutipan paling rendah dalam sejarah francais berkenaan.

Di pasaran antarabangsa, “The Marvels” memperoleh AS$63.3 juta dalam jualan tiket, menjadikan jumlah keseluruhan kepada AS$110.3 juta.



David Gross, yang mengendalikan firma perunding filem Franchise Research Entertainment, melihatnya sebagai “kegagalan Marvel yang tidak pernah berlaku sebelum ini” kerana sekuel membabitkan Marvel tidak seharusnya mencatat kutipan serendah itu.

Selain ulasan yang tidak memberangsangkan, The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam “B” daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.

Biarpun pembukaan AS$47 juta bukanlah satu kutipan yang buruk untuk filem, namun ia dilihat sebagai satu kekecewaan jika dibandingkan dengan pencapaian filem Marvel sebelum ini.

Ia juga dijangka menjadi faktor untuk studio memikirkan semula perancangan mereka selepas ini. Aw



The Marvels catat kutipan terendah dalam sejarah MCU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker