Organ dalaman Suhaimi Saad gagal berfungsi kini bergantung alat bantuan pernafasan
KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.
Menurut sumber Harian Metro, Suhaimi kini terpaksa ditidurkan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.
“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.
“Difahamkan dia mengalami batuk kronik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan Suhaimi sudah berada di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.
Terdahulu, tular di media sosial menerusi hantaran pemilik akaun, Akumaru yang berkongsi berita keadaan Suhaimi yang didakwa kini sakit teruk dan memohon didoakan kesembuhan buat bekas anggota kumpulan In-Team itu.
Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Adira nafikan nampak benda tu, cuma jahitan baju
- Tom hampir terjatuh, kandungan selamat
- Ramai ahli BERSATU tidak yakin parti mampu bertahan
- MP Gua Musang akhirnya buka mulut
- BN sahkan Bekas Panglima ATM sebagai calon di PRK Kemaman
- MP Labuan akan bertanding dalam parti lain dalam PRU akan datang
- Bersatu tak bersatu
- Calon Bersatu bai’ah jika mahu tanding lambang bulan – Murshidul Am PAS
- Gantirugi RM600 ribu, pengajaran buat ‘kaki buli’, pengurusan sekolah dan KPM
- Persembahan Nikki Palikat ditegur hilang identiti
- Inara Rusli menangis dapat bercerai dengan Virgoun
- Mengapa baru sekarang PN bantah petisyen cabar enakmen jenayah syariah?
- Remaja maut beberapa saat selepas curi motosikal
- Polis buru lelaki ragut rantai leher emas suri rumah [VIDEO]
- Ini pendirian OIC terhadap negara pengganas ‘Israel’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir
Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap
You must be logged in to post a comment.