Membongkar rahsia dan keaiban dibolehkan kerana ini

Membongkar rahsia dan keaiban dibolehkan kerana ini

Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan sesuatu rahsia itu didedahkan mengikut keperluan syarak berdasarkan hadis Muslim, syarah Imam Nawawi.

Bersumberkan hadis Aisyah r.ha. yang telah menceritakan kepada Urwah b. Zubair, tentang Nabi s.a.w. yang pernah seolah-olah mengejek Uyainah b. Hisn. Tujuan Baginda s.a.w. berbuat begitu, adalah untuk menghebahkan kepada umum berkenaan sikap Uyainah yang lemah imannya. Dia nampak Islam, tetapi cara dan tindakannya, cenderung seperti orang yang sudah murtad.



Berdasarkan hadis ini, dibolehkan bercerita tentang rahsia, dan keaiban orang. Namun, ia perlu mengikut kemaslahatan sepertimana yang disebutkan ini:

Pertama: Orang yang dizalimi.

Seseorang yang telah dianiaya dan dizalimi berhak untuk dirinya mengadu kepada pihak yang berkuasa yang ada kemampuan untuk mengubah kezaliman tersebut dari terus berlaku. Pihak berkuasa yang boleh diberitahu seperti polis, Jabatan Agama, hakim atau lain-lain yang dilihat sesuai.

Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran.



Jika kita sedar di kawasan kita terdapat kemungkaran berlaku, seperti sumbang mahram, ajaran sesat atau lainnya, maka perlu bagi kita menghubungi, dan meminta bantuan pihak yang berkuasa, bagi mencegah kemungkaran tersebut.

Ketiga: Seseorang yang meminta nasihat, pandangan atau hukum.

Terdapat satu kisah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. di mana Hindun binti Utbah, isteri kepada Abu Sufyan datang bertemu Baginda s.a.w. dan bercerita tentang sikap suaminya yang kedekut. Perbuatan Hindun itu tidak dianggap sebagai umpatan atau membuka keaiban. Bahkan Nabi s.a.w. berkata kepada Hindun,

“Ambillah sesuatu yang mencukupi untuk diri mu dan anak mu secara makruf.” HR Bukhari



Keempat: Memberi peringatan orang Islam dari bahaya kejahatan.

Ini juga merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan, supaya tiada orang lain yang akan teraniaya. Contohnya, jika kita tahu seseorang itu fasiq dan jahat, maka wajar diberitahu kepada orang lain, supaya tiada yang akan menjadi mangsa.

Kelima: Seorang yang fasiq.

Seseorang itu yang memang sudah terkenal dengan kefasiqannya, seperti penagih dadah, penipu atau pencuri dan sebagainya. Ini juga perlu dihebahkan supaya, masyarakat tidak terpedaya dengan mereka.



Keenam: Pengenalan diri.

Di bolehkan untuk memberitahu keaiban orang kerana sebagai identiti atau pengenalan. Mungkin di satu kawasan, terdapat dua orang yang mempunyai nama yang serupa. Maka untuk membezakannya, disebutkan kecacatan yang ada pada salah seorangnya. Ini juga dibolehkan dengan syarat, bukan dengan niat untuk mengejek atau menghina.

Oleh demikian, sebagai seorang Islam yang telah diberikan akal yang waras, hendaklah tahu membezakan, apakah rahsia yang perlu disimpan, atau yang perlu dihebahkan. Setiap rahsia yang baik dan tidak mendatangkan keburukan, itu adalah amanah yang perlu dipertahankan. Utv

Membongkar rahsia dan keaiban dibolehkan kerana ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker