Harimau ‘Gua Musang’ akhirnya terjerat masuk perangkap

Seekor harimau belang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Pos Pasik, di Gua Musang, susulan kematian seorang lelaki maut diserang pemangsa itu pada 6 Okt.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani, berkata haiwan itu berada keadaan sihat dan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.

“Susulan daripada kejadian tersebut, pada 6 Okt lalu Perhilitan Kelantan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan serta pemasangan satu unit perangkap harimau belang di lokasi aduan.

Operasi melibatkan 10 anggota jabatan ini dilaksanakan kerana harimau belang masih berkeliaran di sekitar lokasi aduan iaitu di perkampungan Pos Pasik,” katanya menurut Bernama.

Hafid berkata, bagaimanapun belum dapat dikenal pasti sama ada harimau itu yang menyerang mangsa pada kejadian lalu.

Beliau berkata, kehidupan harian masyarakat Orang Asli setempat turut terjejas sepanjang tempoh haiwan berkenaan berkeliaran.

“Dengan kejayaan operasi tangkapan harimau belang ini, sekurang-kurangnya ia meredakan kegusaran penduduk Orang Asli di Pos Pasik.

Walaubagaimanapun penduduk di Pos Pasik perlu berjaga-jaga semasa keluar ke ladang dan bekerja secara berkumpulan serta tidak berseorangan,” katanya.

Menurutnya Pos Pasik merupakan salah sebuah perkampungan Orang Asli yang jarak perjalanan dari Bandar Gua Musang mengambil masa sehingga empat jam, bergantung kepada faktor cuaca.

“Selain itu keadaan jalan balak untuk ke lokasi juga hanya boleh dilalui dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4×4) sahaja,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker