Pengganas Israel lenyet jenazah pemuda palestin guna jentolak

Media Israel semakin tidak berperikemanusian bertindak menyiarkan rakaman jentolak perisai Israel yang melenyek mayat orang awam Palestin di Gaza.

Menerusi hantaran tular video klip kejam yang dikongsi Quds News Network di aplikasi X, jentolak perisai Israel itu dipandu perlahan-lahan melenyek mayat seorang pemuda Palestin malang yang sedia terbaring atas tanah.

Lebih kejam apabila video tersebut dirakam seolah-olah sengaja mahu ia ditonton.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa marah terhadap rejim Zionis itu.

“Zalim. Rakaman itu diambil oleh seseorang daripada dalam jentolak. Kemungkinan besar tentera askar Israel. Memalukan,” kata seorang pengguna laman sosial.

Selain itu, seorang lagi pengguna berkata ini bukannya kali pertama kejadian begini berlaku tetapi mereka juga pernah membunuh seorang wanita, Rachel Corey dengan cara yang sama.

Pada 20 tahun lalu, wanita Amerika Rachel Corrie berusia 23 tahun dibunuh dengan jentolak Israel ketika membantah perobohan rumah penduduk Palestin di bandar selatan Rafah di Semenanjung Gaza.

Sejak itu, dia menjadi ikon solidariti rakyat Palestin.

“Menghancurkan mana-mana mayat manusia adalah lambang kekejaman dan kezaliman,” kata Praveen.

Selain itu, ada juga pengguna mempersoalkan kata-kata Israel yang mereka hanya melindungi diri mereka.

“Pengecut selalu mencederakan orang yang tidak bersenjata. Zionis ini memang memalukan,” kata seorang lagi pengguna laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker