Muhyiddin adalah punca 4 wakil Bersatu sokong PM
Tindakan tanpa “segan silu” empat wakil rakyat Bersatu menyokong Anwar Ibrahim akibat Muhyiddin Yassin tidak memainkan peranan besar di Parlimen.
Veteran Umno, Shahrir Samad berpandangan Muhyiddin selaku presiden Bersatu sepatutnya menjadi ketua pembangkang, namun Perikatan Nasional (PN) memandang remeh Parlimen sebagai institusi terpenting dalam sistem politik negara.
Katanya, kepimpinan politik bukan hanya di peringkat parti, malah ia perlu dilihat dan dirasai dalam Parlimen.
“Kalaulah Muhyidin, sebagai pengerusi PN mengisi jawatan ketua pembangkang, tentunya beliau dapat benar-benar memimpin Ahli-Ahli Parlimen PN dalam Parlimen.
“Kehadiran pemimpin mereka di baris hadapan dalam ‘perang politik’ di dalam Dewan Rakyat pastinya akan memberangsangkan mereka,” katanya dalam catatan di Facebook.
Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada perdana menteri walaupun masih bersama parti itu.
Mereka adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).
Shahrir, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, berkata keputusan menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin dianggap satu “kesilapan”.
“Ini adalah satu sebab mengapa Ahli-Ahli Parlimen parti itu tidak segan silu beralih sokongan kepada kerajaan,” katanya yang juga bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
Beliau berkata, ketika Umno pertama kali menjadi pembangkang di Dewan Rakyat pada 2018, jawatan ketua pembangkang diserahkan kepada Ismail Sabri Yaakob.
“…dan kecelaruan dalaman Umno dan BN turut juga tercetus sehingga DS (Datuk Seri) Ismail sebagai naib presiden Umno pula yang menjadi perdana menteri ke-9,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?