Giliran Bahul Jamil, mangsa runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia

JERTIH: Seorang lagi mangsa tertimbus dalam kejadian runtuhan bangunan restoran dalam pembinaan di Malee Beach Resort, Pulau Perhentian dekat sini pada Khamis lalu, meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali Bahul Jamil, 42, warganegara Indonesia, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan pada 2.14 pagi.

Ketua Polis Besut Abdul Rozak Muhammad, berkata punca kematian mangsa ialah akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.



“Mangsa ditemukan terperangkap di bawah runtuhan tersebut pada pukul 1.18 tengah hari, Khamis lepas selepas terperangkap kira-kira 8 jam, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu.

“Kematian Bahul menjadikan seramai dua daripada kesemua tujuh mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan itu meninggal dunia. Mangsa pertama yang maut dikenali Suparno, 40, ditemukan telah meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker