Pandang ringin draf Akta Antilompat Parti akhirnya memakan diri

Wakil Bersatu memandang ringan undang-undang antilompat parti sewaktu merangka peraturan it tahun lepas, kata Ketua Penerangannya Razali Idris.

“Pada ketika itu, dia orang fikir benda yang nampak ringan-ringan saja,”

Dia berkata undang-undang antilompat parti merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.



Menurutnya, wakil Bersatu yang mengusahakan draf rang undang-undang itu, tidak menyangka akan ada ‘jalan keluar’ apabila menolak klausa yang memerlukan ahli parlimen mengosongkan kerusi mereka jika mereka menentang prinsip dan ketua whip parti.

“(Wakil Bersatu) ingatkan tak ada yang lompat-lompat ni. Tapi, makin menjadi-jadi.

“Dia (yang lompat) pergi tanya, eh ini boleh pergi sokong, tak lompat.

“Pandai pergi celah tu. Jadi mungkin masa tu, orang ramai tak pikir pasal tu,” kata Razali.



Semalam, bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin (gambar, bawah) mendakwa Bersatu paling lantang menolak klausa pada draf asal rang undang-undang antilompat menyebabkan parti itu kini berdepan kesukaran.

Khairy berkata alasan ahli parlimen Bersatu menolak klausa itu kerana untuk “mengelakkan terlalu banyak kuasa yang diberikan kepada parti.”

Sebelum ini, empat ahli parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi menegaskan mereka masih setia kepada parti pembangkang.

Mereka ialah Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).



Tindakan sedemikian tiada dalam peruntukan undang-undang antilompat, yang hanya menetapkan tindakan ahli parlimen atau Adun yang keluar parti mereka untuk menyertai parti lain.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail turut menyuarakan sentimen sama dengan Khairy.

Menteri dalam negeri itu berkata wakil PN telah menghalang percubaan PH untuk memperkenalkan undang-undang ketat yang akan memaksa ahli parlimen mengosongkan kerusi mereka sekiranya mereka melanggar keputusan ketua whip parti.

Sementara itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bekas menteri undang-undang yang bertanggungjawab bagi rang undang-undang itu, dilaporkan berkata rang undang-undang asalnya pada 2021 menangani kelemahan yang baru-baru ini digunakan oleh empat ahli parlimen Bersatu itu untuk menyokong Anwar.



Wan Junaidi mendedahkan empat menteri kabinet pentadbiran Ismail Sabri Yaakob telah membantah klausa yang menyatakan sekiranya seseorang ahli parlimen menukar sokongan mereka di Dewan Rakyat kepada blok lawan, maka ia tertakhluk di bawah undang-undang antilompat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker