Kecurian nadir bumi, Saifuddin dedahkkan MB Kedah dikompaun RM500 ribu

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail semalam meminta penjelasan Muhammad Sanusi Md Nor sama ada menteri besar Kedah itu telah menerima surat kompaun berjumlah RM500,000 berhubung dakwaan berlaku kecurian nadir bumi di Kampung Chong, Sik.

“Saya nak tanya Sanusi, sebagai menteri besar kamu juga pengerusi MBI (Perbadanan Menteri Besar Kedah), saya nak tanya ada tak dapat surat daripada Fauzi Mustaffa Pengarah Tanah dan Galian Kedah pada hujung tahun lepas, surat yang mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri nadir bumi di Kampung Chong, Sik.

“Kamu menteri besar, kamu pengerusi MBI, kamu dapat kompaun, surat itu bertarikh 4 Okt 2022 bersamaan 8 Rabiulawal dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 246 Kanun Tanah Negara 1965, kejadian 2.30 petang pada 24 Sept, kejadian curi nadir bumi di Kampung Chong, Mukim Sik, Kedah,” katanya.



Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Peringkat Negeri Kedah dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Guar Chempedak, semalam.

Turut hadir Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Saifuddin juga berkata apa yang didedahkan beliau malam ini hanyalah permulaan dan akan ada lagi siri pendedahan dengan dokumen lengkap berhubung perkara itu.

“Kita percaya rakyat Kedah cerdik, jangan pernah pandang rendah kebjiaksanaan rakyat Kedah, yang ini yakinlah kita akan turun dan terangkan dengan elok dalam siri penerangan kita, mudah-mudahan paling kurang 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (pada pilihan raya negeri) akan jadi kenyataan,” katanya.



– Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker