PM hadir sidang tergempar OIC esok
PM hadir sidang tergempar OIC esok
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menghadiri sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi esok.
Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.
Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.
“Sidang kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu mesyuarat persediaan peringkat menteri pada 10 Nov 2023 dan mesyuarat persediaan pegawai-pegawai kanan OIC pada 9 Nov,” menurut kenyataan Kementerian Luar.
Sidang kemuncak tergempar itu hasil daripada kerjasama utuh perdana menteri bersama beberapa pemimpin OIC.
Semasa sidang kemuncak itu, perdana menteri akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan krisis kemanusiaan masih berlarutan, serta keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin.
Sidang kemuncak itu dijangka akan menerima pakai satu Dokumen Hasil (Final Communique).
Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan. FMT
PM hadir sidang tergempar OIC esok
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel
You must be logged in to post a comment.