Pegawai Imigresen maut elak kenderaan keluar simpang
Pegawai Imigresen maut elak kenderaan keluar simpang
BATU PAHAT: Perjalanan pulang seorang pegawai Jabatan Imigresen ke rumahnya di sini, berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Kluang berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang, semalam.
Nahas berlaku pada jam 3.50 petang ketika mangsa, Muhamad Khairi Hamzah, 28, menunggang motosikal dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan keluar dari simpang dan terjatuh.
Akibatnya, mangsa parah pada kepala serta beberapa anggota badan lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4.10 petang.
Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang bekerja di Pejabat Imigresen cawangan Kluang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baru, Sri Gading di sini.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya disyaki hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.
Ismail berkata, mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Asma’i Md Yusoff di talian 07-4327704,” katanya. BH
Pegawai Imigresen maut elak kenderaan keluar simpang
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Misai harimau kena cabut, Perhilitan lapor polis
- Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna
- Pelajarku, suamiku
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Fazura nafi kenyataan Neelofa
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Vaksin terbazir, bekas Ahli Parlimen minta KJ beri penjelasan
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Gadis 15 tahun dirogol lapan lelaki bergilir-gilir
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- Ramai pilih GST berbanding SST – Tinjauan KPMG
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Syed Saddiq ahli politik pertama dikenakan sebatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET