Harimau ditemui mati di Lebuhraya PLUS dekat Gua Tempurung

Harimau ditemui mati di Lebuhraya PLUS dekat Gua Tempurung

IPOH: Seekor harimau belang maut ditemui mati, dipercayai akibat terkena rempuhan kenderaan berat berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Gopeng di sini.

Harimau dewasa berkenaan ditemui terbaring mati di tengah penghadang besi lebuh raya, dipercayai dirempuh ketika melintas laluan lebuh raya itu.



Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim, berkata berdasarkan maklumat awal diterimanya, penemuan bangkai harimau jantan dewasa dianggarkan berusia lapan hingga 10 tahun itu dimaklumkan pengurusan PLUS sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata, bangkai atau karkas harimau berkenaan sudah dialihkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk tindakan lanjut.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penemuan bangkai harimau berkenaan tetapi memaklumkan kenyataan mengenai kejadian itu akan dikeluarkan oleh ibu pejabat.

Sebelum ini, Yusoff dilapor mengesahkan kelibat harimau belang dikesan di Kampung Sahom, Kampar sejak 22 Oktober lalu.



Lokasi harimau yang dijumpai mati di lebuh raya malam tadi itu terletak berdekatan dengan Kampung Sahom.

Yusoff sebelum ini turut pernah berkata, penampakan harimau di Kampung Sahom mungkin disebabkan ia terlajak ketika mencari makanan memandangkan babi hutan dekat kawasan itu berkurangan akibat wabak demam babi afrika. BH

Harimau ditemui mati di Lebuhraya PLUS dekat Gua Tempurung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker