PAS mungkin bergerak solo dalam PRU-15, lawan semua parti

KOTA KINABALU – Pas bersedia dengan pelbagai kemungkinan termasuk bergerak secara solo dan bertembung dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, Pas tetap akan memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam persiapan menghadapi PRU15.”Saya lihat BN (Barisan Nasional) banyak buat keputusan untuk bergerak solo, jadi kalau BN buat keputusan begitu, kita sedia hadapi dalam semua kemungkinan. Kalau muafakat, kita boleh pakat, kalau mahu lawan pun kita boleh lawan.”Ya (sedia bertembung) tetapi sebagaimana kita tahu keputusan parti ini akan dibawa ke majlis pimpinan masing-masing. Bagi parti kita, kita bergerak atas PN sebab Pas sebahagian daripada PN.”Apapun paling penting rakyat dapat manfaat daripada kerajaan yang stabil dan adil, itu fokus kepada rakyat. Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil sebab ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya di Kampung Pengalat di sini, pada Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas bergerak secara solo pada PRU akan datang atau sebaliknya.Sementara itu, diminta mengulas sama ada Pas akan meletakkan calon di Sabah, beliau berkata, ada beberapa kerusi yang dicadangkan untuk dipertandingkan parti itu dalam PRU15.”Sebagai Timbalan Presiden, saya belum menerima lagi calon yang dikemukakan di Sabah, namun saya ada dengar mengenainya. Biasalah parti-parti politik mengemukakan calon untuk cadangan di peringkat negeri.”Namun bagi pihak parti, kita akan tunggu secara rasmi dan lihat bagaimana kesediaan Pas negeri untuk bertanding.”Dalam PRU kali ini, ada beberapa kerusi kita cadangkan untuk dipertandingkan Pas. Pas sudah lama di Sabah dan kita dapati sokongan semakin hari semakin baik,” ujarnya.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim sekali lagi menegaskan Pas sedia berbincang dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan parti itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker