Ada gelar Missclyen ‘anak haiwan’, ‘anak hantu’

Ada gelar Missclyen ‘anak haiwan’, ‘anak hantu’

Bapa kepada kanak-kanak istimewa yang menghidap sindrom werewolf, Roland Jimbai, 48, jelas terasa hati dengan sikap segelintir pihak yang mengeji fizikal anaknya, Missclyen.

Menurutnya, disebabkan fizikal Missclyen yang berbeza daripada orang lain, kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu menjadi mangsa kejian sesetengah pihak yang menggelarnya dengan pelbagai panggilan, antaranya ‘anak haiwan’ dan ‘anak hantu’.



“Jatuh jugalah air mata saya apabila anak saya dihina dan diberi pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya. Begitu pun, saya cekalkan hati dan akan jaga Missclyen semampu saya,” luahnya.

Mengimbau detik kelahiran anak bongsunya itu, Roland berkata, memandangkan Missclyen dilahirkan ketika pandemik Covid-19, Roland sebagai bapa tidak langsung boleh bertemu dengan anaknya itu selama lebih sebulan.

Ujar lelaki berasal dari Bintulu, Sarawak itu, Missclyen dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH).

Malah, kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu juga dilahirkan tanpa lubang hidung.



“Mahu tidak mahu, saya perlu menerima keadaan anak saya ini kerana dia sebenarnya cukup istimewa dan satu anugerah buat saya,” tuturnya. K Online

Ada gelar Missclyen ‘anak haiwan’, ‘anak hantu’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker