Pengganas Israel teruskan pembunuhan, tidak peduli dengan kematian 10 ribu rakyat Palestin
SEMENANJUNG GAZA: Tentera Israel meneruskan serangan sengit dengan menyasarkan pejuang Palestin di Gaza ketika perang menghampiri sebulan dan angka kematian melebihi 10,000 orang.
Kementerian kesihatan di Semenanjung Gaza yang dikendalikan Hamas hari ini berkata, angka kematian akibat pengeboman Israel di wilayah Palestin telah melebihi 10,000 orang.
Jumlah kematian 10,022 kematian diumumkan dalam sidang media di Gaza oleh jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qidreh.
Menurut kementerian kesihatan Hamas, majoriti mereka yang terbunuh di Gaza sejak permulaan perang adalah orang awam, termasuk lebih 4,000 kanak-kanak.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berikrar tidak akan berhenti walaupun antarabangsa mendesak untuk gencatan senjata.
Dilaporkan tentera darat dengan kereta kebal kini membanjiri separuh utara Semenanjung Gaza dan mengetatkan pengepungan Kota Gaza, namun ratusan ribu orang awam kekal di utara walaupun digesa Israel untuk berpindah.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 200 orang maut dalam serangan semalam, sehari selepas melaporkan jumlah kematian lebih 9,770, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Dalam pada itu, sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) menghantar diplomat tertingginya Antony Blinken dalam jelajah Asia Barat, yang mendapat kecaman keras terhadap Israel, termasuk di perhentian terbarunya di Turkiye.
Ketua-ketua agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bersama menggesa gencatan senjata di dalam wilayah 2.4 juta orang di mana Israel memutuskan kebanyakan bekalan air, makanan dan bahan api.
“Selama hampir sebulan, dunia memerhatikan situasi yang berlaku di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki dalam keadaan terkejut dan ngeri melihat jumlah nyawa yang terkorban.
“Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera. Sudah 30 hari. Cukuplah. Ini mesti dihentikan sekarang,” menurut kenyataan bersama itu.
Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus, tetap tidak mengendahkan gesaan itu dan mengulangi agar orang awam meninggalkan zon perang bandar.
“Kami akan dapat membongkar Hamas, sehingga mencapai matlamat akhir iaitu menyingkirkan seluruh Semenanjung Gaza dari Hamas,” katanya. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- https://mykmu.net/2023/11/06/graduan-unisza-terima-berita-kematian-bapa-ketika-menanti-giliran-terima-skrol/
- Azwan mahu saman Aliff Syukri RM100 Juta
- Azharina Azhar hidap penyakit misteri
- Lepas kahwin Intan Najuwa makin lawa macam anak dara
- Ryan Bakery, Adam, tolong sedar diri
- Tentera Ukraine diambang kekalahan
- Strategi jihad ganjil
- Ayah Angelina Jolie marah anaknya menyerang Israel
- GV10: Nasib malang Ezad Lazim
- GV10: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim
- Penghidap barah payu dara jadi mangsa gangguan seksual ‘ayahanda’
- Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong
- Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah
- Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
- Konflik Palestin-Israel: Pakai telekung waktu tidur, sedia mati syahid [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi
Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah
Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali