Kakitangan awam sambut Deepavali dapat cuti tanpa rekod 14 November

Kerajaan bersetuju cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November (Isnin) dibawa ke 14 November (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu di negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed, berkata perkara itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

“Peruntukan cuti tanpa rekod terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan.



“Namun begitu, kerajaan pada 3 November bersetuju memberi pengecualian bagi 2023,” katanya dalam surat edaran yang disiarkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hari ini.

Zulkapli berkata, perkara itu dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Mulai 2018, katanya, kerajaan memperuntuk cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali selama sehari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum Deepavali.

Ia bagi memberi lebih ruang kepada mereka menyambut perayaan itu bersama keluarga.



Peraturan ini, katanya, dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6 dan cuti tanpa rekod itu terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker