Mufti P. Pinang benar kerja di Syarikat berkaitan dengan Israel tetapi..

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati masyarakat Islam supaya menunjukkan semangat setiakawan dan rasa simpati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin.

Semangat itu boleh ditunjukkan dengan melakukan boikot terhadap mana-mana syarikat dan produk yang membantu Israel.

Wan Salim berkata, rakyat Palestin kini diserang secara membabi buta oleh regim Zionis yang mana masyarakat awam tidak bersenjata dijadikan sasaran.



“Ribuan rakyat Palestin terkorban dan menjadi mangsa kekejaman penjajah Israel.

“Apakah rakyat Malaysia tidak mahu menunjukkan sedikit rasa simpati terhadap penderitaan dialami mereka akibat kekejaman dan kezaliman musuh yang tidak berperi kemanusiaan ini dengan melakukan sedikit pengorbanan?

“Cuba bayangkan bagaimana perasaan kita jika terpaksa menghadapi ujian dan musibah seperti mana yang menimpa rakyat berkenaan?” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Salim berkata demikian bagi mengulas mengenai kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel, sehingga memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan.



Mengulas lanjut Wan Salim berkata, sekiranya tiada peluang pekerjaan lain dan hanya syarikat produk Israel sahaja menjadi sumber pendapatan yang ada, maka orang Islam dibenar bekerja di situ berdasarkan hukum darurat.

“Namun di Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan tersedia, hanya perlu rajin mencarinya.

“Dengan memboikot produk syarikat berkenaan sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada pemilik syarikat itu bahawa rakyat Malaysia adalah pencinta keamanan dan kedamaian.

“Rakyat negara ini juga membenci kekejaman, tidak kira pihak mana pun yang melakukannya.



“Semoga Allah SWT menambahkan rezeki-Nya kepada rakyat serta mengurniakan keselamatan dan keamanan berkekalan kepada negara,” katanya.

Semalam, media melaporkan nasib yang terpaksa dihadapi kira-kira 21,000 pekerja McDonald’s Malaysia susulan kempen boikot terhadap restoran khidmat segera berkenaan susulan dakwaan bahawa jenama itu terbabit dalam penyaluran kewangan ke negara ketiga.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, perlu dijelaskan bahawa Mc Donald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah menegaskan bahawa syarikat berkenaan tidak memberi sebarang sumbangan kepada negara Israel.

Selain itu, syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.



“Apapun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan meyakinkan bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain jadi, sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam sebab nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker