Puting beliung muncul di Jitra cemaskan penduduk

Kejadian puting beliung yang dirakam orang awam yang berlaku hari ini yang mencemaskan penduduk. – Foto Ihsan pembaca

JITRA: Kejadian puting beliung dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah ini ketika hujan sewaktu seperti yang ditular di media sosial sehingga mencemaskan penduduk.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 47 saat yang tular hari ini, kejadian puting beliung itu dipercayai berlaku di kawasan sawah lapang yang menunjukkan pusaran angin sekitar jam 5 petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata setakat ini Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu berhubung kerosakan rumah penduduk

Beliau berkata, namun setakat ini maklumat daripada penghulu Mukim Binjal mendapati kejadian puting beliung itu berlaku di kawasan sawah padi.



“Setakat ini anggota APM Kubang Pasu sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

“Hasil pemantauan mendapati, hanya sebuah rumah di kawasan terjejas mengalami kerosakan pada bumbung akibat kejadian itu,” katanya.

Ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu apabila kejadian pertama berlaku pada 29 Oktober lalu di Kodiang menyebabkan kira-kira 10 rumah di kawasan Pida 2 dan 3 rosak teruk selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker