Suhaili disingkirkan, Radzi Jidin kini Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan & Labuan

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan naib presiden parti itu Radzi Jidin sebagai ketua bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Suhaili berkata beliau tetap ahli Bersatu walaupun berlaku perubahan kepimpinan dan percaya keputusan itu tidak akan memberi kesan buruk kepada bahagian berkenaan.

“Masa depan bahagian ini di luar kawalan saya namun ia adalah fakta bahawa penubuhan Bersatu Labuan adalah hasil usaha saya dan sokongan padu penyokong tempatan.



“Dan keputusan melantik pemimpin baharu bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan merupakan hak kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perubahan kepimpinan itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin pada 2 November lepas.

Suhaili dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kini dalam prosiding tatatertib parti selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bulan lepas.

Suhaili turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Mohd Noor.



Bahagian Bersatu Labuan dalam kenyataan pada 1 November lepas memaklumkan sokongan terhadap keputusan Suhaili itu demi pembangunan dan kemajuan Labuan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)



Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker