[VIDEO] Kantoi..Pengadil Kencing Bola Perlawanan

LONDON: Seorang pengadil ‘kantoi’ apabila perbuatannya kencing dalam seluar dirakam sebelum sepak mula satu perlawanan bola sepak di Brazil.

Perbuatan Denis da Silva Ribeiro itu tidak disedari oleh pengulas perlawanan yang sedang memperkenalkan pegawai dan dua pembantunya dalam perlawanan membabitkan pertemuan antara Boavista menentang Goias pada Khamis.

Bagaimanapun, penonton menyedari perkara itu apabila melihat air mengalir di celah kaki pengadil berkenaan dan rakaman itu kini menjadi tular.



Video menunjukkan Da Silva melonggarkan sedikit seluar pendek dipakainya selepas menoleh ke belakang dan kencing di atas bola yang digunakan dalam perlawanan berkenaan sebelum dia beredar daripada bulatan tengah padang.

Insiden itu berlaku di Stadium Elcyr Resende di Saquarema berdekatan Rio de Janeiro.

Boavista menang aksi pertama 3-1 tetapi semua orang bercerita mengenai perbuatan Da Silva. – Agensi

[VIDEO] “Saya Bangga Benarkan Gol Itu” – Pengadil Dalam Insiden ‘Hand of God’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker