19 ahli keluarga pensyarah USIM warga Palestin maut diserang Zionis

19 ahli keluarga pensyarah USIM warga Palestin maut diserang zionis

Seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendesak gencatan senjata di Gaza, Palestin dilaksanakan segera selepas 19 ahli keluarganya terkorban dalam serangan bom rejim zionis.

Dr. Wesam Almahallawi yang juga Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM, Nilai, masih trauma dengan kejadian yang berlaku selain mengenangkan nasib ibu, bapa dan adik-beradik lain yang masih berada di Gaza.



“Saya berharap gencatan senjata dapat dilakukan dengan segera di Gaza. Penduduk Gaza termasuk keluarga saya di sana sedang berjuang untuk hidup.

“Penduduk Gaza hari ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman. Saya ada bertanya kepada keluarga yang tinggal jika mereka memerlukan wang. Namun, mereka kata segala-galanya telah musnah di bandar dan tiada apa yang boleh dibeli,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

WALEED Almahallawi, yang juga adik lelaki Wesam yang maut diserang bom tentera zionis di Gaza City pada 25 Oktober lalu.
Menurut Wesam, setakat ini 19 orang ahli keluarganya termasuk seorang adik lelaki beliau terbunuh dalam serangan bom oleh tentera zionis di Gaza City pada 25 Oktober lalu.

“Adik saya, Waleed Almahallawi, 40, juga pelajar doktor falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di USIM. Dalam kejadian tersebut, serangan bom telah memusnahkan bangunan kediaman yang dihuni oleh keluarga saya dan kira-kira 200 orang lagi penduduk Gaza,” katanya.



Beliau sudah berada di Malaysia sejak 2015 ketika mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM) dan mula mengajar di USIM empat tahun lalu.

Wesam memberitahu, antara ahli keluarganya yang terkorban dalam serangan itu adalah adik lelaki, ibu saudara, sepupu dan anak saudara termasuk seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun.

Katanya, ibu, bapa, adik lelaki dan dua orang adik perempuannya terselamat dalam serangan bom tersebut, namun sangat sukar untuk beliau menghubungi mereka.

“Saya perlu menunggu berhari-hari untuk mereka membalas mesej saya kerana Israel menghentikan semua rangkaian telefon dan internet di Gaza. Setakat ini sudah empat hari saya tidak menerima apa-apa berita daripada adik perempuan saya yang berada di utara Gaza,” katanya.



Wesam yang masih sedih dengan kejadian yang berlaku berkata, keadaan kehidupan di Gaza sangat sukar terutama bagi ibu bapanya yang sudah tua iaitu berusia 65 dan 68 tahun.

“Mereka terpaksa berpindah dari satu rumah ke rumah lain yang masih tidak dimusnahkan oleh tentera zionis. Setiap malam, mereka berdoa agar dapat hidup keesokan harinya kerana serangan bom boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya sambil menambah serangan bom di Gaza oleh tentera zionis menjadi lebih kerap di waktu malam.

Dalam pada itu, USIM sebagai sebuah Universiti Awam (UA) melaksanakan kutipan derma bagi Tabung Kecemasan Misi Bantuan Kemanusian Kepada Rakyat Palestin yang dilancarkan pada 13 Oktober lalu.

Menurut Pusat Komunikasi Strategik USIM, setakat ini jumlah kutipan yang terkumpul bagi tabung tersebut ialah RM16,693.27 dan kutipan akan diteruskan seperti biasa selepas 10 November 2023 melalui Tabung USIM Palestin. UTUSAN



19 ahli keluarga pensyarah USIM warga Palestin maut diserang zionis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker