Pemandu bawa van mayat dengan pintu terbuka

SEORANG lelaki didenda kerana memandu van mayat dengan pintu terbuka di bandar raya Ho Chi Minh malam kelmarin. – Foto Vietnam Post English/Dan Tuan

Polis Vietnam mendenda seorang lelaki kerana memandu van mayat di Jalan Nguyen Hue, Bandar Raya Ho Chi Minh pada malam kelmarin dengan keadaan pintunya terbuka.

Dalam masa sama, van tersebut dinaiki beberapa orang berpakaian seperti hantu sempena sambutan Halloween, lapor laman berita VNExpress semalam .

Lelaki berusia 38 tahun itu didenda 700,000 dong (RM135.37) kerana melanggar peraturan memastikan pintu kenderaan ditutup semasa memandu.

Namun, pemandu itu memberitahu polis bahawa dia diupah untuk memandu van mayat pada malam Halloween dengan membawa lapan orang berpakaian seperti hantu.

Apabila tiba di dataran pejalan kaki Nguyen Hue, di mana ramai orang berkumpul bagi meraikan sambutan Halloween, dia membuka pintu untuk penumpangnya bersorak dan menakut-nakutkan orang. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker