‘Mama…kaki baby tercabut’
‘Mama…kaki baby tercabut’
Batu Caves: “Mama…kaki baby ‘tercabut’…,” itu ungkapan sayu Anis Ayra Hasnul Hakim, 3, apabila menunjukkan keadaan kaki kanannya yang tiada tapak kaki manakala kaki kiri pula hanya ada tiga jari kepada ibunya.
Anis Ayra yang mesra disapa baby, orang kurang upaya (OKU) fizikal dilahirkan tanpa tapak kaki kanan manakala jari kaki kirinya tidak sempurna selain jari telunjuk tangan kiri juga pendek dan tidak boleh dibengkokkan.
Ibunya, Noraini Muhamad, 37, berkata, Anis Ayra mempunyai sisi positif yang kuat apabila tidak pernah berasa rendah diri dengan keadaan dirinya biarpun sebelum ini menangis kerana jarinya tidak boleh membengkok seperti rakan seusia lain.
“Anis Ayra anak yang mudah mesra dan memahami keadaan diri yang tidak sempurna seperti kakak dan abangnya, tetapi dia tidak sedih berlebihan. Cuma dia suka cakap kaki kanan dia ‘tercabut’ dan mendengar itu memang buat saya sebak.
“Saya cakap dengan dia yang kakinya ada, tetapi di syurga dan menunggunya di sana. Mendengar itu membuatkan Anis Ayra seronok dan saya tahu anak saya boleh menerima keadaan diri biarpun dia pernah bersedih kerana kekurangannya,” katanya.
Noraini yang tinggal di Kampung Sungai Kertas di sini berkata, Anis Ayra perlu menjalani rawatan rehabilitasi sejak berusia setahun untuk menggalakkannya memakai kaki palsu ketika berjalan, tetapi anaknya juga boleh berjalan tanpa kaki palsu.
“Kalau pakai kaki palsu, dia nampak seperti normal saja…tetapi dia juga boleh berjalan dan berlari tanpa kaki (palsu) itu, cuma tidak sempurna seperti kita.
“Namun Anis Ayra tidak berasa rendah diri dan tetap kuat semangat,” katanya yang mahu semangat itu terus kental sehingga anaknya meningkat dewasa.
Pembantu tadbir itu berkata, dia mengambil cuti tanpa gaji selama lima tahun selepas Anis Ayra dilahirkan kerana mengakui tidak mudah untuk melepaskan anak itu di bawah jagaan orang lain ketika masih bayi.
Menurutnya, tempoh lima tahun adalah penting untuk membina keyakinan diri kanak-kanak itu apatah Anis Ayra adalah perempuan, selain mereka perlu melakukan rawatan susulan untuk anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Keputusan saya turut disokong suami (Hasnul Hakim Othman, 39) dan buat masa sekarang, saya mengambil tempahan jahit baju kanak-kanak untuk membantu suami yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Kami hidup sederhana saja biarpun dahulu tidaklah mewah tetapi perubahan kali ini, memang ketara kerana suami saja bekerja, tetapi demi Anis Ayra kami tidak kisah,” katanya yang menjual pakaian dihasilkannya di TikTok @ainimuhamad86. HM
‘Mama…kaki baby tercabut’
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.