Tiada peningkatan harga ayam, bekalan stabil – KPKM
KUALA LUMPUR: Tinjauan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di kawasan sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya mendapati tiada peningkatan harga ayam di peringkat rantaian bekalan.
KPKM menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan pemantauan pada hari pertama pengapungan harga ayam hari ini mendapati harga ayam yang dijual adalah antara RM7.39 hingga RM9.40 sekilogram (kg).
“Pengguna mempunyai pelbagai pilihan daripada segi harga jualan serta jenis ayam yang dijual berdasarkan lokasi dan tempat jualan. Aspek bekalan juga adalah stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
“Pihak KPKM akan terus bekerjasama erat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memastikan kestabilan bekalan ayam di pasaran serta memantau secara dekat mengenai sebarang aktiviti pencatutan yang dilaporkan,” menurut hantaran itu.
Menurut KPKM, hasil tinjauan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan mendapati ayam standard dijual pada harga RM9.40 sekilogram dengan caj upah pemotongan 50 sen manakala Pasar Raya Econsave Kota Warisan Sepang, harga ayam standard dijual RM8.39 sekilogram.
Selain itu, tinjauan di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Sungai Merab mendapati harga ayam super dijual RM9.20 sekilogram.
Pemantauan harga ayam standard di Nilai mendapati Pasar Awam Sementara Nilai menjual ayam sekilogram dengan harga RM9.40, Pasar Raya Giant Superstore Nilai (RM7.89) manakala di Lotus Nilai Putra dengan harga RM7.39 sekilogram.
Berdasarkan tinjauan di Putrajaya pula, harga sekilogram ayam super di Pasar Raya Mydin dijual pada harga RM7.99, di Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putrajaya (RM9)).
Pemantauan berkenaan diketuai Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali dan disertai Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abdul Rashid Bahri. – BERNAMA
TAG: KPKM, ayam, bekalan, harga, pemantauan
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?
You must be logged in to post a comment.