PM beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu memberi sumbangan kepada penyanyi popular, Ibnor Riza, dan pelakon, Fauziah Samad yang dilanda musibah kesihatan.

Menurutnya, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada kedua-dua insan seni tanah air itu.

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor dan saudari Fauziah dilanda musibah kesihatan.



“Hari ini Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk menziarahi mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan, Ibnor diramal hanya mempunyai enam bulan untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser pada Februari lalu, namun tetap tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit tersebut.

Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menziarahi Fauziah Samad dan menyerahkan bantuan kesihatan.
Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menziarahi Fauziah Samad dan menyerahkan bantuan kesihatan.

 

Difahamkan, penyanyi itu memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta, jika ia tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.



Mengulas lanjut, Anwar berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban mereka.

Ujarnya, Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan masing-masing.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT,” jelasnya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker