Guna Dewan Rakyat suarakan masalah rakyat bukan merapu

Guna Dewan Rakyat suarakan masalah rakyat bukan merapu

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah digesa untuk mengunakan platform Dewan Rakyat sebagai tempat untuk menyuarakan masalah rakyat bukan mengeluarkan kenyataan ‘merapu’ dan memalukan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pengundi Langkawi nyata rugi apabila terpaksa menerima wakil rakyat yang tidak mengutamakan permasalahan pengundi yang memilihnya.

Jelasnya, penduduk pulau pelancongan itu berhadapan pelbagai masalah yang sepatutnya diselesaikan Mohd Suhaimi antaranya isu feri, industri pelancongan dan harga barangan yang perlu diutamakan.

“Lucah dan memalukan. Tapi saya tak hairan sebab semua ahli Perikatan Nasional (PN) terutamanya dari Kedah memang dididik dan pemahaman mereka memang macam itu sebab Menteri Besar mereka menghalalkan segala caci, carutan dan pelbagai nista selagi mana mereka di pentas politik.

“Cuma kesian dan simpati saya pada orang Langkawi, ambil calon tangkap muat jadi wakil rakyat di Langkawi, bukan orang tempatan dan saya difahamkan beliau kurang sihat dan pergerakannya sangat terbatas.

“Pesanan saya kepada Ahli Parlimen Langkawi, gunakan pentas Dewan Rakyat untuk suarakan masalah rakyat Langkawi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shaiful Hazizy yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, isu feri antara masalah yang perlu diberi perhatian kerana membabitkan masalah rantaian industri pelancongan di Langkawi.

Katanya, selain itu juga isu feri juga terkait faktor monopoli, kartel dan masalah pasang surut air laut yang mengehadkan bilangan kekerapan operasi feri antara tanah besar ke Langkawi.

“Jumlah yang sangat terhad ini membawa kepada penurunan masuk pelancong asing yang sememangnya menyebabkan masalah kepada rantaian industri pelancongan di Langkawi.

“Industri perhotelan yang semakin suram akibat penurunan kemasukan pelancongan memberi kesan kepada industri itu terutamanya hotel tiga bintang ke bawah selain turut terjejas adalah juga pengusaha inap desa sehingga ada yang gulung tikar atau menunggu masa.

“Kenaikan harga barangan dan makanan juga adalah akibat kekurangan pelancong menyebabkan peniaga terpaksa menjual pada harga tinggi kerana mahu cover cost. Hakikatnya bercuti di Phuket dan Hatyai lagi murah.

“Pesanan saya kepada Ahli Parlimen Langkawi, rajin balik kawasan, buat tindakan segera selesai masalah rakyat, hentikan idea merapu nak bina terowong bawah laut ala MRT dari Alor Setar ke Langkawi,” katanya.

Sebelum ini kecoh di Dewan Rakyat apabila Mohd Suhaimi mengeluarkan kenyataan seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Bersatu Kedah turut mengemukakan cadangan pembinaan MRT dari Alor Setar ke Langkawi untuk menyelesaikan masalah feri yang berlarutan. MG

Guna Dewan Rakyat suarakan masalah rakyat bukan merapu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker