Dua kanak-kanak ditemukan lemas dalam kolam udang
SUNGAI PETANI: Dua kanak-kanak ditemui lemas dalam kolam ternakan udang berhampiran rumah di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, hari ini.
Dalam kejadian jam 2 petang, Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, dan sepupunya, Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3, ditemukan tersangkut pada pukat ketika usaha mencari mereka.
Bapa mangsa, Mohd Ali Abdul Rahman, 48, berkata ketika kejadian, dia bekerja di kolam udang itu sebelum isterinya memaklumkan yang anak serta anak saudaranya tiada di situ.
Katanya, dia yang juga pekerja di kolam udang berkenaan sering membawa anaknya, Muhammad Aidil Adha ketika bekerja di kawasan itu.
“Sebelum kejadian, saya nampak anak saya bersama sepupunya sedang bermain dengan arnab peliharaan di bawah bangsal berdekatan kolam udang itu.
“Selang beberapa minit, mereka sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda, dekat sini, hari ini.
Mohd Ali berkata, dia mencari mereka dan mengesyaki mereka terjatuh ke dalam kolam ternakan udang.
“Saya meminta bantuan jiran untuk menarik pukat dan dapat sepupunya. Kemudian dapat anak saya,” katanya.
Mohd Ali berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda tetapi mereka disahkan sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET