Bangkai gajah reput, berlubang di Tasik Kenyir

Pengunjung Tasik Kenyir dekat sini dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah di Sungai Mandak di kawasan pelancongan terbabit dekat sini baru-baru ini.

Bangkai haiwan liar ditemui dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Kulit gajah tersebut didapati sudah berlubang-lubang dipercayai dimakan beberapa haiwan lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong yang dihubungi berkata, siasatan awal percaya haiwan mamalia tersebut sejak mati lebih seminggu lalu.

“Pemeriksaan awal mendapati kematian gajah itu bukan unsur khianat kerana tiada kesan tembakan mahupun jerat pada badan haiwan tersebut.

“Setakat ini, kita percaya ia disebabkan kematian semulajadi. Saya harap orang awam memaklumkan penemuan segera sebarang kematian kepada Perhilitan untuk tindakan segera,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker