3 pekerja Bangladesh maut tertimbus di Machang

Polis berkata, mayat tiga lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibawa ke Hospital Machang untuk proses lanjut. (Gambar Bernama)

MACHANG: Tiga pekerja Bangladesh maut selepas dipercayai tertimbus tanah semasa melakukan kerja pembinaan tapak bagi lebuh raya dekat Kampung Maka, Pulai Chondong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Machang, Mohd Adli Mat Daud, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 2.30 petang tadi.

“Semua mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dibawa ke Hospital Machang untuk proses selanjutnya,” katanya.

Saksi kejadian, Anies Asiykin Ariffin, 29, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan beberapa pekerja di tapak pembinaan yang meminta pertolongan daripada pemandu jentera pengorek untuk menyelamatkan rakan mereka tertimbus.

“Pada waktu itu, saya sedang memasak di dapur, jarak antara rumah saya dengan tempat kejadian kira-kira 50m, saya terkejut apabila dengar jeritan pekerja-pekerja terbabit.”

Seorang lagi saksi, Amiro Anuar, 36, terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sebuah sekolah di sini, selepas menerima panggilan isterinya memaklumkan kejadian itu.

“Waktu itu, saya amat bimbang apa yang berlaku kerana rumah saya sangat dekat dengan lokasi kejadian kira-kira dalam 50m.

“Apabila sampai di rumah, saya lihat ramai orang kampung melihat kejadian dan ada beberapa anggota polis serta bomba turut berada di lokasi untuk mengeluarkan mangsa tertimbus.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker