2 Ahli Parlimen Bersatu sokong Kerajaan Perpaduan tiada perbincangan – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau tidak pernah berunding dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman berhubung sokongan mereka kepada kerajaan.

Anwar berkata, dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak pernah berunding dengan mana-mana anggota Jemaah Menteri.

“Jadi itu kalau mahu penjelasan biar tanya Kuala Kangsar dan Labuan. Saya mengalu-alukan kematangan dan kebijaksanaan mereka,” katanya dalam penggulungan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.



Isnin lalu, Suhaili mengikut jejak langkah Iskandar menyatakan sokongan kepada Anwar.

Pemimpin Bersatu itu berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik berterusan.

Anwar berkata demikian ketika mengulas isu peruntukan pembangkang dibangkitkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar).

Syed Saddiq berkata beliau telah bertemu Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk membincangkan perkara itu.



Namun beliau secara sinis meminta penjelasan jika ada SOP lain perlu diikuti, dengan merujuk tindakan Suhaili dan Iskandar menyokong kerajaan.

Pada 13 Okt lalu, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mendakwa Iskandar “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” oleh seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, susulan pertemuan dengan seorang ahli perniagaan yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

Hamzah bagaimanapun tidak menamakan pegawai tinggi dan ahli perniagaan berkenaan.

Anwar meminta Hamzah mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker