Lelaki dipenjara kerana sebar gambar bogel teman wanita

Lelaki dipenjara kerana sebar gambar bogel teman wanita

SINGAPURA: Akibat marah kerana hubungan yang terputus dengan teman wanitanya, seorang lelaki mengugut menggunakan ilmu hitam ke atas wanita itu dan keluarganya.

Lelaki berusia 25 tahun itu juga mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa selepas wanita itu berpisah dengannya dan mempunyai pasangan baru.



Pada Selasa, lelaki itu dipenjara lima bulan dan didenda SGD$2,000 (RM6,970), lapor The Straits Times.

Lelaki itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut untuk menyebarkan gambar intim mangsa dan satu pertuduhan gangguan.

Enam lagi pertuduhan gangguan, dan mengancam untuk menyebarkan gambar intim serta gambar lucah mangsa diambil dalam pertimbangan ketika hukuman dijatuhkan.



Mahkamah didedahkan bahawa pesalah dan mangsa berusia 35 tahun itu menjalin hubungan romantik sejak 2018 dan pernah bertukar-tukar gambar serta video intim mereka.

Pada 27 Februari 2022, mereka sedang berbual di WhatsApp apabila lelaki itu menjadi marah kerana beranggapan mangsa ingin membawa lelaki lain ke rumahnya.

Lelaki itu kemudian mengancam menggunakan ilmu hitam dan turut mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap mangsa.

Dalam laporan polisnya, mangsa berkata lelaki itu telah mengganggunya di WhatsApp.



Pada hujung April lalu, sekitar dua bulan selepas membuat laporan itu, lelaki terbabit mengirim gambar kepada mangsa yang menunjukkan mangsa dalam keadaan berbogel, dan mengancam untuk menyebarkan gambar berkenaan di Facebook.

Dia menyalahkan mangsa kerana mencari pasangan baru, menyebabkan wanita itu kemudian membuat satu lagi laporan polis.

Pada 19 Julai lalu, mangsa menerima beberapa gambar intim yang dikirimkan oleh lelaki itu. Dua daripadanya gambar bogel, dan dua lagi menunjukkan mangsa hanya berseluar dalam.

Dia mengancam menjadikan gambar-gambar itu sebagai gambar profil di WhatsApp jika mangsa terus mengabaikannya, mendorong wanita itu membuat satu lagi laporan polis.



Pada Selasa, lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, hadir lewat untuk sesi mahkamah di hadapan Hakim Daerah Ow Yong Tuck Leong.

Isterinya, yang turut hadir, dilihat menangis semasa prosiding mahkamah.

Dalam rayuannya, lelaki itu berkata dia membuat ugutan itu dalam keadaan marah dan tertekan kerana ibunya baru sahaja meninggal dunia.

Timbalan Pendakwa Raya Chong Yong berkata lelaki itu pernah dipenjarakan pada 2021 selepas didakwa atas kesalahan sama berkaitan mangsa yang sama.



Pendakwa raya berkata, pesalah pernah dipenjara selama 10 bulan dan bagi kes terbarunya, dia pada mulanya ingin dibicarakan.

Jika lelaki itu tidak mampu membayar denda SGD$2,000 (RM6,970), dia perlu menjalani hukuman penjara 10 hari lagi. BH

Lelaki dipenjara kerana sebar gambar bogel teman wanita

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker