Kereta api Jepun langgar beruang, penumpang terkandas semalaman
Seramai lapan orang terpaksa bermalam di dalam kereta api yang tidak mempunyai pemanas di utara Jepun yang sejuk selepas kenderaan itu melanggar seekor beruang, kata pihak berkuasa hari ini, ketika negara itu bergelut menangani peningkatan insiden berkaitan haiwan terbabit.
Ia berikutan bilangan serangan beruang ke atas manusia meningkat mendadak tahun ini, dengan pakar menyalahkan kaedah penuaian kacang oak yang lemah memaksa haiwan itu mendapatkan makanan lebih jauh sebelum hibernasi musim sejuk.
Menurut Japan Railways (JR) Hokkaido, kereta api kecil di pulau Hokkaido bertembung dengan beruang setinggi 1.8 meter di bandar Furano kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan) malam tadi.
Kemalangan itu menyebabkan kereta api itu tidak dapat bergerak dan mereka yang berada di dalam kereta api dinasihatkan tidak keluar sehingga pemburu tiba untuk memastikan tiada beruang lain.
Katanya, pemburu tidak dibenarkan melepaskan tembakan pada waktu malam dan penumpang perlu menunggu sehingga subuh.
Kata syarikat itu lagi, sebaik matahari terbit, beruang itu ditemui mati dan dikeluarkan oleh pekerja kereta api di bawah pengawasan pemburu.
Di Jepun, seramai lima orang terkorban akibat angkara beruang tahun ini, menurut statistik awal yang dikeluarkan Kementerian Alam Sekitar, hari ini.
Pada Mei lalu, penemuan kepala yang hampir terputus di pekan Hokkaido membawa jejak mayat seorang lelaki cedera teruk di bawah timbunan pokok berdekatan lokasi sama, menurut laporan media.
Angka kementerian menunjukkan pada tahun fiskal semasa, seramai 180 orang terbabit dalam serangan beruang, jumlah jauh lebih tinggi daripada purata 106 dalam tempoh lima tahun sebelumnya.
Menurut laporan media, terdapat 14,943 penampakan beruang di seluruh Jepun sehingga akhir September, meningkat 4,210 daripada tempoh yang sama tahun lalu.
Di Furano juga, penampakan beruang turut meningkat tahun ini disebabkan kehadiran lebih ramai pelancong yang kembali selepas pandemik COVID-19, kata seorang pegawai bandar.
“Tidak jelas sama ada bilangan beruang sebenarnya meningkat atau jika ada spesies beruang tertentu tidak takut mendekati manusia,” kata pegawai itu. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.