Huthi Yaman ikrar lebih banyak serangan ke atas Israel
Huthi Yaman ikrar lebih banyak serangan ke atas Israel
SANAA: Tentera Huthi Yaman yang disokong Iran, semalam berikrar untuk melancarkan lebih banyak serangan terhadap Israel jika perang rejim itu terhadap pejuang Hamas di Gaza berterusan.
Menurut kenyataan dikeluarkan tentera Huthi, Angkatan Bersenjata Yaman sebelum ini berjaya melepaskan dron dan peluru berpandu balistik dalam tiga operasi berasingan ke atas rejim itu.
“Angkatan Bersenjata Yaman mengesahkan mereka akan terus melakukan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron sehingga pencerobohan Israel berhenti,” menurut kenyataan yang disiarkan di TV Al-Masirah.
Tentera Huthi melancarkan serangan besar-besaran membabitkan peluru berpandu balistik dan sejumlah besar pesawat bersenjata ke arah Israel semalam, dalam operasi ketiga seumpamanya sejak serangan Israel-Palestin bermula 7 Oktober lalu.
Sebelum ini, tentera Israel menyatakan pencerobohan pesawat mencetuskan siren amaran di pusat peranginan Laut Merahnya, di Eilat, sebelum rejim itu memintas peluru berpandu yang ditembak ke arah wilayah milik Zionis.
Semua ancaman udara dipintas di luar wilayah Israel,” katanya.
Perdana Menteri kerajaan Huthi, Abdelaziz Habtour, semalam berkata tindakan tentera itu adalah sebahagian daripada paksi penentangan terhadap Israel, termasuk kumpulan yang disokong Teheran di Lubnan, Syria dan Iraq.
Beliau berkata, pihak tentera berperang dengan segala kemudahan yang ada termasuk dron.
“Ia adalah satu paksi dan terdapat penyelarasan yang berlaku serta perintah bersama untuk semua operasi ini.
“Kita tidak boleh membenarkan musuh Zionis yang angkuh ini membunuh rakyat kita,” katanya. BH
Huthi Yaman ikrar lebih banyak serangan ke atas Israel
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini
You must be logged in to post a comment.