Gaza kini ‘kubur’ ribuan kanak-kanak – PBB

Gaza kini ‘kubur’ ribuan kanak-kanak – PBB

Semenanjung Gaza kini menjadi kubur bagi ribuan kanak-kanak, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, yang khuatir lebih ramai akan maut kerana kekurangan air.

kementerian Kesihatan Hamas berkata serangan Israel sejak 7 Oktober lalu terhadap Gaza menyebabkan 8,525 mangsa maut, sebahagian besarnya orang awam termasuk lebih 3,500 kanak-kanak.



Jurucakap Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), James Elder, berkata angka kematian kanak-kanak akibat pengeboman besar-besaran dikhuatiri terus bertambah.

“Kegerunan terbesar kami ialah laporan mengenai kematian kanak-kanak, yang pada mulanya melaporkan puluhan mangsa, bertambah kepada ratusan dan kemudian mencecah ribuan kematian dalam tempoh hanya dua minggu.

“Angka ini membimbangkan, dilaporkan lebih 3,450 kanak-kanak dibunuh manakala peningkatannya agak ketara setiap hari, menjadikan Gaza kubur ribuan kanak-kanak dan menjadikan kehidupan umum lebih sengsara.

“Masih ramai kanak-kanak mangsa pengeboman yang sepatutnya boleh diselamatkan jika bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka,” katanya kepada wartawan di Geneva menerusi pautan video.



Tambah beliau, sebih sejuta kanak-kanak di Semenanjung Gaza juga tiada akses kepada bekalan air bersih.

Duta Israel di Geneva, Meirav Eilon Shahar, memberitahu wartawan bahawa Hamas menahan 33 kanak-kanak sebagai tebusan, yang terkecil berusia sembilan bulan.

Menurut Elder pula, statistik pusat perubatan di Gaza menunjukkan 940 kanak-kanak masih hilang.

“Terdapat 130 bayi pra-matang yang bergantung kepada inkubator, 61 peratus di wilayah utara, dalam keadaan sesak, tiada ubat dan kemusnahan terhadap infrastruktur air serta kumbahan,” katanya. BH



Gaza kini ‘kubur’ ribuan kanak-kanak – PBB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker