Bolivia putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

Bolivia putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

LA PAZ: Bolivia memaklumkan negaranya menamatkan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 8,000 nyawa.

Lapor BBC, Timbalan Menteri Luar, Freddy Mamani mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Palestin.



Malah, beliau turut menyifatkan tindakan rejim zionis itu sebagai `amat agresif dan tidak wajar’.

Bolivia merupakan negara Amerika Latin yang pertama mengambil langkah menamatkan hubungan diplomatik dengan Israel berikutan konflik di Gaza.

Sebelum ini, Bolivia juga menggesa gencatan senjata dilaksanakan selain memaklumkan akan menghantar bantuan ke Gaza.

Negara itu hanya memulihkan hubungan Israel pada 2019, kira-kira sedekad selepas menamatkannya akibat serangan sebelumnya di Semenanjung Gaza. Utusan



Bolivia putuskan hubungan diplomatik dengan Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker