Anwar akan gulung perbahasan Belanjawan 2024 esok
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, esok.
Perbahasan peringkat dasar mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian yang lain dilaksanakan dalam tempoh lapan hari bermula 16 Oktober, disusuli penggulungan selama empat hari mulai 30 Oktober.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka memberikan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara yang diumumkan ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober, termasuk pelaksanaan dasar gaji progresif.
Beliau dijangka menggariskan mekanisme bagi sistem gaji progresif itu.
Sesi penggulungan esok juga akan menyaksikan Perdana Menteri menjelaskan usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk melaraskan semula ekonomi negara ke arah yang lebih kukuh, merancakkan sektor perniagaan serta mencapai keseimbangan sokongan fiskal dan perbelanjaan berhemat.
Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ melibatkan peruntukan RM393.8 bilion, iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia, dengan RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Antara inti pati Belanjawan 2024 ialah defisit fiskal 2024 diunjurkan berkurangan kepada 4.3 peratus daripada sasaran 5.0 peratus pada tahun ini.
Kerajaan juga akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac, 2024. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery
You must be logged in to post a comment.