Pemergian Li Keqiang kehilangan besar kepada China
Pemergian bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang akibat sakit jantung merupakan satu kehilangan besar kepada negara itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, Li Keqiang meninggalkan satu legasi bermakna dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang perlu dikenang bersama.
Justeru, Anwar mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada isteri mendiang, Cheng Hong dan keluarga serta rakyat Republik China.
“Azizah dan saya amat berdukacita dengan pemergian Tuan Yang Terutama Li Keqiang, bekas Perdana Menteri Dewan Negara Republik Rakyat China,” katanya dalam akaun X beliau hari ini.
Bekas Perdana Menteri China yang berusia 68 tahun itu meninggal dunia akibat sakit jantung hari ini, hanya 10 bulan selepas meletakkan jawatan yang dipegangnya selama sedekad.
Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan sebagai ketua Kabinet di bawah Presiden President, Xi Jinping selama sedekad sebelum meletak jawatan pada Mac lalu.
Li Keqiang dilahirkan di wilayah Anhui, timur China, sebuah kawasan pertanian yang miskin di mana bapanya adalah seorang pegawai dan pernah bekerja di ladang semasa Revolusi Kebudayaan.
Antara ungkapannya yang diingati ialah kenyataan pada 2020 bahawa 600 juta penduduk China menerima upah kurang AS$140 sebulan, mencetuskan debat mengenai kemiskinan dan kesaksamaan gaji.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’