Jika orang lain rogol adik kamu, apa perasaan kamu? – Hakim
MUAR: Kamu ada adik perempuan, apa perasaan kamu jika orang lain buat (rogol) perkara sama padanya? Apa perasaan kamu sebagai abang?
“Kalau tak nak benda tak baik berlaku pada keluarga kita, jangan sesekali kita buat pada orang lain? Hukuman ini bukanlah pengakhiran tapi pengajaran pada kamu kelak.”
Demikian nasihat Hakim Abu Bakar Manat terhadap seorang pemuda yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan merogol kenalan bawah umur, minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Irfan Mohamad Farid, 18, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya. Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kluang, antara jam 9 hingga 10 pagi, 22 Oktober lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Mangsa dari Klang datang ke rumah tertuduh selepas sebulan kenal di media sosial
Berdasarkan fakta kes, mangsa berasal dari Klang, Selangor dilaporkan datang ke rumah tertuduh selepas sebulan berkenalan melalui media sosial.
Mangsa menaiki bas sebelum bermalam di rumah tertuduh dan kesempatan itu diambil dengan melakukan perbuatan itu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa, Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk mangsa bawah umur.
“Jika dilihat daripada fakta kes, pihak pendakwaan mendapati wujud elemen paksaan terhadap mangsa. Malah tertuduh sendiri mengakui kesalahan dilakukan dan ini amat serius.
“Kejadian ini meninggalkan kesan dan trauma kepada mangsa pada masa akan datang,” katanya.
Selepas mengambil hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah memutuskan pemuda itu dikenakan penjara lima tahun bermula dari tarikh ditangkap 24 Oktober lalu serta tiga sebatan.
Sementara itu, di luar mahkamah, suasana pilu seketika apabila bapanya memeluk tertuduh sambil menitiskan air mata sebelum dibawa ke Penjara Sungai Udang, Melaka untuk menjalani hukuman itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah ketepi pendakwaan terhadap Inspektor Sheila
- Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan
- Lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
- Jaguar ‘reban ayam’ berharga RM576,000
- Tauke penipu bebas beroperasi, cuti sakan
- Kawan anak mengurat kerana disangka kakak
- Malaysia terima 3 notis daripada Kedutaan AS kerana tegas perjuang hak Palestin
- Polis cari ‘Dato Mohamad’
- Ustazah Asma tegur dialog terlampau drama TV3 (Video)
- Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil
- Janna menantu jahat di Tanah Suci
- Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata
- Netizen kecam Mas Khan sambut Halloween, siap jadi ‘pondan’ (Video)
- Tengku Zafrul jawab tuduhan Hishammuddin
- Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.