Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata

Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengesahkan tiada gencatan senjata dalam perang ke atas Palestin walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi ‘keperluan kemanusiaan yang belum pernah terjadi’.

Operasi ketenteraan yang semakin giat itu meningkatkan kebimbangan secara mendadak terhadap 2.4 juta penduduk Gaza, yang sudah mengorbankan lebih 8,300 orang.

Dalam taklimat kepada akhbar asing, Netanyahu menyifatkan gencatan senjata adalah seperti menyerah kepada Hamas, yang didakwanya sudah membunuh 1,400 orang dan menjadikan lebih 230 orang sebagai tebusan.

“Kami tidak percaya gencatan senjata adalah jawapan yang betul sekarang,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby, yang juga berkata bahawa ‘berhenti seketika’ untuk mendapatkan bantuan ke Gaza harus dipertimbangkan.

Israel ketika ini menghantar kereta kebal ke pinggir bandar Gaza, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meluas.

Kirby berkata, Washington juga ‘yakin’ akan berlaku peningkatan bilangan trak bantuan ke Gaza kepada sekitar 100 sehari melalui persimpangan Rafah dengan Mesir.

Bantuan terhad sudah memasuki Gaza dari Mesir di bawah perjanjian yang diuruskan oleh AS, tetapi jumlahnya jauh berkurangan daripada ratusan trak sehari yang dikatakan oleh agensi bantuan.

Ketua Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, sebelum ini menggesa Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera.

“Sistem yang disediakan untuk membenarkan bantuan ke Gaza gagal melainkan ada kemahuan politik untuk menjadikan aliran bekalan bermakna, sepadan dengan keperluan kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri Israel lewat semalam berkata, makanan dan ubat-ubatan yang memasuki Gaza ‘dikawal dan diperiksa oleh anggota keselamatan Israel’.

“Konvoi itu bertujuan untuk penduduk awam dan jika ia dirampas oleh Hamas, mereka akan dihentikan,” kata pejabat Netanyahu. BH

Bapa syaitan mahu perang, tolak gencatan senjata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker