Pemandu maut lori muatan balak terjunam ke dalam gaung

Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya yang membawa muatan balak terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa berumur 40-an yang merupakan warga Myanmar sedang membawa muatan kayu balak.
“Ketika melalui selekoh serta menuruni bukit, mangsa gagal mengawal lori yang terbabas ke arah kanan jalan dan terjunam ke bawah gaung lebih kurang ketinggian 20 meter.
“Akibat kemalangan mangsa telah tersepit dibahagian pintu hadapan sebelah pemandu dan mengalami cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Menurut Azli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat msngikut Seksysn 304 A Kanun Keseksaan.
Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan tidak berturap dan berselekoh serta menuruni bukit.
“Siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan,” ujarnya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur