Merusuh guna pedang samurai di Muar, 9 lelaki didenda mahkamah
Seorang penternak lembu antara sembilan lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan terbabit merusuh menggunakan pedang samurai.
Tertuduh adalah S Vikneshwaran, 34, Tiew Soon Cheng, 58, Yee Wee Keat, 28, Richard Tey Rui Kiat, 22, Goh Hong Jun, 19, Peng Wei Siang, 21, Tan Wei Chuan, 29, Chan Kok Siang, 35, dan Lau Chung Kiat, 29, manakala Cheow V-Chun, 28, tidak hadir.
Harian Metro melaporkan semuanya membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Mereka didakwa bersenjatakan objek tajam merusuh dekat sebuah kopitiam di Jalan Marin, Sungai Abong, Muar antara 11.30 malam hingga 1 pagi 8 Okt lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengenakan denda RM3,000 setiap seorang, manakala Chan didenda RM2,500.
Semua tertuduh diarah menjalani hukuman penjara tiga dan lima bulan, jika gagal membayar denda itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar kena lagi dengan netizen
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur