Kalah pemilihan PAS, tak dihargai lagi?

Kalah pemilihan PAS, tak dihargai lagi?

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menolak kekalahannya pada pemilihan minggu lalu berpunca kerana ahli tidak menghargai usahanya membantu parti itu mencatat keputusan baik pada PRU15.

Pada PRU di Perak November lalu, Razman yang juga Adun Gunung Semanggol berjaya mengemudi PAS memenangi 17 kerusi DUN, meningkat mendadak berbanding hanya tiga pada PRU14.



Beliau menyifatkan kegagalannya merebut salah satu daripada 18 kerusi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bagi penggal 2023-2025 pada Muktamar PAS-69 lalu sebagai adat pertandingan dan menerimanya secara terbuka.

“Tidak ada langsung perasaan kecewa kerana konsep saya kalau menang buat kerja, kalau kalah jadi ahli biasa yang buat kerja macam biasa,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas sama ada kekalahannya menunjukkan ahli tidak menghargai usahanya sebagai pesuruhjaya PAS Perak mencatat keputusan baik di negeri itu pada PRU15.

Pemilihan itu menyaksikan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor memperoleh undi tertinggi. 17 tokoh lain antaranya bekas Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari; Adun Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi; serta Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud dan timbalannya Mohamed Fadzli Hassan.



Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan yang gagal mempertahankan jawatan AJK berkata beliau enggan “ambil pusing” persepsi dilontar pelbagai pihak terhadapnya.

“Apa persepsi dilontar pelbagai pihak, saya tidak ambil pusing dan ia tidak menjejaskan pendirian dan juga prinsip perjuangan saya,” katanya yang komited kekal dalam PAS di sebalik kekalahan itu.

Selain Razman dan Nasrudin, calon terdiri daripada nama besar tidak terpilih termasuk Ketua Sidang Assabiqun Mahfodz Mohamed dan Adun Penaga Mohd Yusni Mat Piah. FMT

Kalah pemilihan PAS, tak dihargai lagi?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker